peace yaa!!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 11, 2011

kelebihan "BISMILLAH"


Kelebihan Membaca Bismillah :
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘ (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat keatasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Wallahualam

Thursday, September 8, 2011

jangan wei!!!!!


"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam ini... iaitu janganlah engkau kahwini dengan wanita yang Ananah, dan yang Mananah, dan yang Hananah, dan yang Hadaqah, dan yang Baraqah dan yang Syadaqah." (Imam Al-Ghazali)

PENJELASAN ISTILAH:

1. Wanita ANANAH
Banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Bahasa mudah: Suka berlakon/berdrama untuk dapat perhatian.
2. Wanita MANANAH
Suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Bahasa mudah: Mengungkit.
3. Wanita HANANAH
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Bahasa mudah: Berkongsi kasih dengan ‘suami simpanan’ (aka skandal) atau bekas suami atau dengan anak daripada ‘suami simpanan’.
Nota: Macam mana nak tahu, Wallahu’alam…
4. Wanita HADAQAH
Melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memilik barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli. Bahasa mudah: Rambang mata dan susahkan suami kerana ingin bermewahan.
5. Wanita BARAQAH
Ada dua makna; Pertama, yang sepanjang hari mengilat dan menghias wajahnya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Bahasa mudah: Bersolek tak kenal masa, tak kenal tempat, tak kenal untuk siapa; Tak mahu makan konon-konon tengah diet (yang ini tambah sendiri, jangan ambil serius!).
6. Wanita SYADAQAH
Banyak cakap yang tidak menentu dan bising.
Bahasa mudah: Kecoh, suka tukar topik; Ikut emosi sampai buat suami fikir keluar rumah pi minum kedai kopi lagi bagus (yang ini pun tambah sendiri kwang3).

Aku: Pesanan untuk lelaki dan juga perempuan, yang dah kahwin atau pun yang belum. Terutama sekali buat wanita yang belum berkahwin. Pesanan ini telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali kepada umat Islam 1000 tahun yang lalu, namun pesanan beliau sangat bersesuaian sekali untuk dijadikan pedoman buat kita yang hidup di zaman moden ini.
Renung-renungkanlah…